Saturday, December 24, 2016

Semuanya Soal Hati

Ringkas kata, semua tindakan manusia berpunca daripada hati.
Perang atau damai, puncanya hati.
Bersahabat atau berseteru, puncanya hati.
Jadi atau tidak, puncanya hati.
Mahmudah atau mazmumah, puncanya hati.
Menerima atau menolak, puncanya hati.
Pemarah atau penyabar, puncanya hati.
 Percaya membuat tuli atau mahu menyelidik, puncanya hati.
Begitulah seterusnya dalam seluruh aspek kehidupan kita ini.

Hati perlu diurus, sebelum ia dapat mengurus semua yang lain.
Bagaimana ia mahu menguruskan yang lain2 sedangkan ia sendiri tidak terurus atau kurang terurus?

Dan kitab Ihya' 'Ulumuddin ini adalah kitab HURAIAN pengurusan hati yang paling besar, paling lengkap dan paling mendalam dalam sejarah umat Islam.
Tidakkah kita mahu mengambil manfaat daripadanya?

Abu Zulfiqar
23 Disember 2016

1 comment:

Anonymous said...

Sifatnya org mukmin ; Syukur dan sabar mula di hati zahir pd lisan dan perilaku.
Sifatnya org muttaqin : Tenang, tawaddu' dan penyantun juga mulanya di hati zahir pd lisan dan tingkahlaku.

Begitu juga sikapnya ahli Neraka ; Kasar, degil dan angkuh, mulanya di hati, terzahir pd lisan dan tingkahlaku.