Saturday, August 6, 2016

Kesilapan Menanggapi Takdir Allah

Salah faham sudut aqidah, sangat berbahaya - apabila menerima takdir Allah itu kita faham sebagai :

- tidak perlu berusaha mendapatkan yang layak diingini,
- tidak perlu mencari kejayaan yang belum ditemui,
- tidak perlu membetulkan kegagalan sebelum ini,
- tidak perlu menapak semula ke gunung setelah tergelincir jatuh ke gaung,
- tidak perlu membina semula binaan jambatan yang runtuh sebahagian,
- tidak perlu berusaha membetulkan kesalahan yang dilakukan dahulu,
- tidak perlu menyambung usaha jika pernah gagal,
- tidak perlu menyambung pelajaran jika ernah terkandas,

sebaliknya hanya terus menerima sahaja dan menyangka itulah sikap yang dikehendaki oleh Allah. Kemudian dii'tiqadkan pula bahawa : "Apa yang Allah buat ini pastinya yang terbaik untuk aku!" Alangkah salahnya, alangkah malangnya..........

Sebab itu pelajaran tauhid/aqidah mesti dibereskan. Tanpa sedar kita sudah terkena tempias fahaman aqidah jabbariyyah yang sesat. Tidak belajar, tiadalah tahu. Setelah belajar, barulah tahu.

Carilah kuliah ilmu tauhid ilmu aqidah berhampiran anda. Semoga selamat sejahtera.

Abu Zulfiqar
6 Ogos 2016




2 comments:

Sunni said...

Qadha itu apa yg ditetapkan Allah swt akan terjadinya, atas KehendakNya yg pasti terjadi.

Qadr pula adalah hukum-ketentuan dan proses terjadinya Qadha berkenaan dgn Kuasa dan Quwwah drNya.

Semuanya atas Kehendak, Kuasa dan IlmuNya.

Bg kita ; manusia dan jin, adalah kuasa khiyar dan ikhtiar, memilih dan berusaha atas apa yg kita pilih, baik atau buruk, yg berkesudahan samada baik atau pun buruk akibatnya. Kuasa khiyar dan ikhtiar itu juga adalah juga dtgnya dr Kehendak Allah swt juga.

Iman kpd Qadha dan Qadr, serta konsep usaha dan tawakkal, membezakan antara kita dgn org org yg tidak beriman.
Kita berusaha dan berikhtiar, hasil baik atau buruknya, berjaya atau tidaknya, kita serah kpd Allah swt semata mata, jika berjaya dan berkesudahan baik mk kita bersyukur, kita yakini kejayaan itu atas rahmat kurniaan Allah swt jua, jika tidak berjaya atau berkesudahan yg kita rasakan tidak baik mk kita bersabar dan meyakini akan hikmah Allah swt di sebalik KetentuanNya itu.
Org org yg tidak beriman, yakin dan bergantung sepenuhnya kpd usaha dan ikhtiar yg mrk lakukan.

Yg penting bg kita adalah melakukan dan melaksanakan apa yg diperintah Allah swt semampu mampu kita dan meninggalkan segala laranganNya semampu mampu kita, selain sentiasa minta ampun dan bertaubat atas segala kekurangan, kelemahan, kesilapan dan kesalahan kita dlm menjalani kehidupan, moga semuanya itu diampuni dan ditutupiNya, di dunia dan di Akhirat. Soal Qadha dan Qadr adalah urusan Allah swt, hanya saja, ilmu dan iman pdnya menjadikan kita lebih tabah, sabar dan sentiasa bersyukur atas apa pun Qadha Allah swt pd kita.

WaAllahu'alam !

Sunni said...

Perlu diketahui, masa ; dulu, kini atau akan dtg adalah makhluk dan Allah swt Maha Berkuasa ke atasnya. Mk tidak penting dan tiada bezanya, sesuatu itu telah terjadi, sedang terjadi atau belum terjadi, bg Allah swt. Ianya berbeza dan penting bg kita, utk memilih dan berusaha yg terbaik agar berakibat yg terbaik bg diri kita sendiri.