Tuesday, March 1, 2016

Isu Wahabi Bersama Hakim Sulaiman



SAYA MEMAPARKAN SEBUAH GAMBAR PEMANDANGAN (19 Februari 2016) YANG BERTULIS :

Masyarakat kita sudah terlalu banyak berpecah-belah. Janganlah ditambah lagi perpecahan dan permusuhan yang ada dengan membawa masuk fahaman Salafi Wahhabi dan Syi’ah.
Sentiasa kita lihat dalam berita dan akhbar, di mana-mana sahaja pun kedua-dua fahaman itu akan membawa perbalahan, perpecahan dan perseteruan.
Yakinlah, umat Islam seluruh dunia akan lebih aman tanpa Wahabi & Syi’ah. Percayalah!


HAKIM SULAIMAN MENULIS KOMENNYA (19 Februari 2016) :

Nyatakan apakah kesesatan golongan salafi wahabi itu? Dan adakah mereka itu setaraf dgn syiah jahatnya? Adakah adil dgn hanya menyatakan mereka sesat dan salah tanpa mengupas dgn mendalam?

Umat Islam berpecah, sebab puncanya wahabi. Semuanya sebab wahabi. Tak tgk dah sebab yg lain..... Rela menegakkan benang yg basah.... Dan tuan tidak sedar penulisan2 tuan di sini hanya menyemarakkan lg api yg sedang terbakar. Usaha tuan tidak akan memadamkannya. terlalu ego....

Hati.. Jika belum bersih dan berkilat, yg benar pun akan dikatakan salah, hanya kerana mahu menjaga kedudukan dan ego diri.

Semoga anta 'berjaya' dlm perjuangan anta dan menemui jalan kebenaran. Berkawanlah dan bergaullah dgn manusia yg dituduh wahabi dan selami diri mereka. Dakwahlah dgn penuh kesabaran. Jika mereka keras dan kita juga keras, maka samalah tarafnya.


JAWAPAN SAYA SEPENUHNYA (20 Februari 2016) :

Aslkm Encik Hakim Sulaiman.

HAKIM SULAIMAN MENULIS :
Nyatakan apakah kesesatan golongan salafi wahabi itu?

JAWAPAN SAYA :
Yang pertama, sila encik berikan bukti yang mengatakan saya mengatakan salafi Wahhabi sesat. Kalau dapat printscreen lagi baik. Sekiranya tak dapat printscreen, bagitahu saja pada bahagian mana, saya akan cuba cari (walaupun saya sedia tahu hal itu memang tidak akan ditemui kerana tidak pernah ada pun). Silakan encik. Sekiranya tidak ada, maka saya khuatir kalau2 yang encik sudah terfitnah saya.


HAKIM SULAIMAN MENULIS :
Dan adakah mereka itu setaraf dgn syiah jahatnya?

JAWAPAN SAYA :
Bahagian ini saya kena minta bantuan encik untuk jelaskan kejahatan2 syiah bahagian yang mana, agar saya boleh buat perbandingan, kerana luas sangat skop soalan ini. Jahat yang dimaksudkan itu dari sudut apa? Sudut lebih ramai buat jahat? Lebih meluas kawasan di seluruh dunia? Aspek fiqh? Sudut tauhid? Dunia teroris? Sudut bekerjasama dengan musuh2 Islam? Sudut menambahparahkan perpecahan sedia ada dalam kalangan umat Islam? Lain-lain? Spesifikkan skopnya supaya mudah untuk saya beri penjelasan.


HAKIM SULAIMAN MENULIS :
Adakah adil dgn hanya menyatakan mereka sesat dan salah tanpa mengupas dgn mendalam?

JAWAPAN SAYA :
1. Saya tidak pernah mengatakan salafi Wahhabi sesat.

2. Ya, saya ada mengatakan salah pada fahaman/ajaran mereka yang salah. Yang salah pula tidak semestinya sesat. Sudah menjadi prinsip saya untuk menolak apa yang salah dan apa yang melemahkan SAHAJA daripada ajaran salafi Wahhabi itu. Apa yang benar dan baik daripada ajaran itu tidak pernah saya tolak, malah saya sokong sepenuh hati. Saya tidak tolak fahaman itu 100%, dan tidak juga menyokong seluruh ajaran fahaman itu 100%. YANG SALAH dan YANG MELEMAHKAN, mesti ditolak. YANG BETUL, mesti disokong.

3. Insya-Allah saya ada kupasan2 tulisan saya sendiri sejak tahun 1999, kerana sejak itu saya sudah aktif menolak apa yang salah dan apa yang melemahkan daripada ajaran salafi Wahhabi ini. Dalam internet pun jika dicari, rasanya masih ada. Encik sendiri, yang menuduh saya mengatakan Salafi Wahhabi sesat, mana dia kupasan mendalamnya? Tentu ada tu, kan? Kongsilah sikit. Tak adillah jika encik menuduh saya itu ini tanpa mengupas dengan mendalam. Buktikan yang diri kita sendiri adil dan buat kupasan mendalam terlebih dahulu sebelum mempersoalkan sama ada orang lain adil dan buat kupasan mendalam. Silakan encik dengan bukti-buktinya.


HAKIM SULAIMAN MENULIS :
Umat Islam berpecah, sebab puncanya wahabi. Semuanya sebab wahabi. Tak tgk dah sebab yg lain..... Rela menegakkan benang yg basah.... Dan tuan tidak sedar penulisan2 tuan di sini hanya menyemarakkan lg api yg sedang terbakar. Usaha tuan tidak akan memadamkannya. terlalu ego....

JAWAPAN SAYA :
1. Yang ini pun, sila beri bukti yang saya pernah mengatakan perpecahan umat Islam SEMUANYA SEBAB WAHABI. Takkan encik nak memfitnah pulak kan? Saya yakin mesti encik sudah bersikap adil dengan buat kajian mendalam dulu sebelum membuat dakwaan seperti ini terhadap saya. Silakan encik dengan buktinya. (Saya juga yakin, bukti ini tidak akan ditemui kerana tidak pernah wujud pun. Alangkah banyaknya sebab perpecahan umat Islam terutamanya kerana sifat2 mazmumah dalam diri, kerana serangan musuh2 dari luar Islam, kerana serangan musuh2 dari dalam Islam, kerana politik, kerana ajaran sesat, kerana syiah, kerana siplis (sekularisme, pluralisme, liberalisme dll). Encik pernah baca ke tulisan2 saya ni? Ataupun pakai tulis je ni? Belum pernah sepanjang hidup ini saya kata/tulis/isyaratkan kononnya “semuanya sebab wahabi”. Tak mengapalah, dengan bukti2 yang bakal encik tunjukkan nanti, kita (dan orang2 lain juga) akan dapat lihat siapakah sebenarnya yang menegakkan benang yang basah. Silakan encik.

2. Saya akan berusaha sedapat mungkin untuk tidak membalas balik cop yang encik buat kepada saya iaitu “ego” atau apa pun yang akan datang, kerana saya memnag tidak suka berbalas perasaan tetapi saya hanya akan berbalas hujah, sandaran dan bukti2 sahaja. Lawan2 saya dulu selalu saja kata “ego”, “tak pakai otak”, “bodoh sombong”, “hati kotor”, “ikut hawa nafsu” dan sebagainyalah dalam berdiskusi kepada saya, tapi saya berusaha untuk tidak balas balik. Hal ini kerana semua cop itu tidak berkaitan dengan hujah/sandaran/bukti. Yang kita minta ialah sandaran/hujah/bukti, bukannya cop, cercaaan, kutukan dsb. Segala cop2 itu tidak menguatkan bukti/hujah kita dan tidak melemahkan bukti/hujah lawan. Jadi selepas ini, saya harap segala cop,cercaan,kutukan dsb yg mungkin bakal encik keluarkan termasuklah cop “ego” tadi, silalah simpan sahaja. Saya tak mahu itu semua. Saya hanya mahu bukti/hujah/sandaran. Harap encik faham.


HAKIM SULAIMAN MENULIS :
Hati.. Jika belum bersih dan berkilat, yg benar pun akan dikatakan salah, hanya kerana mahu menjaga kedudukan dan ego diri.

JAWAPAN SAYA :
Cop-cop seperti ini iaitu hati belum bersih, nak jaga kedudukan, ego diri….semua ini bukan hujah/sandaran/bukti. Oleh itu, saya tak perlu panjangkan bahagian ini. Silalah encik simpan segala cop-cop itu untuk kegunaan encik sendiri. Dan silalah keluarkan bukti2/hujah2/sandaran2, kerana itulah yang sangat saya harapkan dna saya akan berusaha untuk menanggap semula, insya-Allah.


HAKIM SULAIMAN MENULIS :
Semoga anta 'berjaya' dlm perjuangan anta dan menemui jalan kebenaran. Berkawanlah dan bergaullah dgn manusia yg dituduh wahabi dan selami diri mereka. Dakwahlah dgn penuh kesabaran. Jika mereka keras dan kita juga keras, maka samalah tarafnya.

JAWAPAN SAYA :
1. Terima kasih. Insya-Allah. Mudah-mudahan.

2. Sudah lama berkawan dan bergaul dengan mereka, Malah pernah berguru pun beberapa tahun dengan mereka pada usia 20-an 30-an dulu. Berbelas tahun.

3. Sudah lama diselam, sebab itu boleh buat pembahagian mana yang benar dan mana yang salah, mana yang menguatkan dan mana yang melemahkan daripada ajaran itu. Jadi saya hanya menolak apa yang salah dan apa yang melemahkan SAHAJA daripada ajaran itu. Yang baik daripadanya tidak pernah saya tolak, malah sokong 100%.

4. Insya-Allah akan sentiasa berusaha untuk bersabar. Jika tidak, sudah tentu saya balas balik dah segala cop encik dengan mengatakan “encik ego, menegakkan benang basah, hati encik belum bersih belum berkilat, nak jaga kedudukan, nak jaga ego” sebagaimana yang encik katakan kepada saya. Dan mungkin saya tambah pula lagi dengan cop-cop yang lain. Tapi saya tak akan kata, kerana sedang bersabar dalam berdakwah, sebagaimana yang encik ajarkan.

5. Yah, umumnya sangat betullah tu! Setuju 100%. Jika lawan kita keras dan kita juga keras, maka samalah tarafnya. Harap2nya diri kita sendirilah yg akan menjadi role model kepada orang lain dalam hal ini.

Akhir kata, silakan encik dengan bukti-buktinya (dan bukan dengan cop-copnya).

Abu Zulfiqar
20 Februari 2016


*Tulisan ini disiarkan di sini hanya setelah sebelas hari menanti jawapan daripada teman diskusi saya ini tetapi nampaknya masih belum ada sebarang jawapan.  Wallahua'alam.

No comments: