Monday, October 5, 2015

Mengapa Allah Tidak Diterjemahkan Sebagai God?



 Hari 1 menulis :
“Siapa tuhan? Erti tuhan tuhan dengan bahasa mudah adalah pencipta..Betulkah tuhan adalah pencipta? Ya benar tuhan adalah pencipta..Kenapa Allah tidak boleh di terjemahkan kepada God(tuhan)?.. Sila ustaz-ustaz yang suka ceramah berdegar-degar tu memberi penjelasan..aku nak tengok jawapan kamu...aku tak nak buka topik pasal bersetubuh, mandi wajib, haid dan nifas.. aku pasti kalah sebab aku tahu kamu sangat pakar pasal itu.

Jawapan :
"Allah" adalah nama khas.
"Tuhan/God" adalah nama am.

Sebab itulah "Allah" tidak boleh diterjemahkan sebagai "God".
Yang diterjemahkan sebagai "God" ialah "Tuhan".

"Tuhan/God" ialah jawatan/kedudukan.
Sedangkan "Allah" ialah nama Yang Memegang Jawatan itu.

Contoh mudah :

"Azman" adalah nama khas.
"Pengetua" adalah nama am.

Sebab itulah "Azman" tidak boleh diterjemahkan sebagai "Ketua di Sekolah".
Yang diterjemahkan sebagai "Ketua di Sekolah" ialah "Pengetua".

"Pengetua" ialah jawatan.
Sedangkan "Azman" ialah nama orang yang memegang jawatan "Pengetua" itu.

No comments: